Assalamualaikum :)
Lately, terlalu banyak perkara berlaku. Malangnya, tidak ada cukup masa untuk ditulis (eh taip)..
Awal Mac aku dapat berita perkara yg aku tunggu-tunggu berlaku di hujung Mac (as in today la kunun) ditangguhkan. T___T
Pertengahan Mac (on my birthday), aku akhirnya berterus terang dengan laki aku, aku prefer buku untuk birthday present aku. Tidak perlulah dia sakit kepala fikir apa mau beli (ended up tidak beli apa2 pun), cuma beli buku saja. Lagipun mesti seronok, everytime anak-anak aku pinjam tu buku, diorang nampak buku tu hadiah birthday bapa diorang kepada si mama pada ulang tahun ke 'tut'. It's not like aku mau berahsia dengan umur aku (I'm 35 by the way), tapi 'tut' tu melambangkan umur-umur yg seterusnya kalau diizinkan Allah.. Amin..
Nice eh? Laki aku suruh aku pilih sendiri buku sebab dia takut aku tidak berkenan. Baiklah. Lepas aku pilih, dia boleh suruh aku tulis pula kata-kata hikmat. Kunun dia tinggal sain saja. Apakah? Sudah la minta buku sebagai present, lepas tu pilih sendiri, lepas tu tulis pun sendiri? Adakah patut? Sangat tidak patut.. Alasan laki aku, tulisan dia sangat buruk.. Yalah tu.
Ada juga orang tertanya-tanya pasal keadaan di Sabah. Berhubung dengan pencerobohan kumpulan Sultan Sulu. Aku tidak tau banyak pasal cerita belakang tabir. Aku dengar banyak khabar angin tapi aku buat keputusan untuk tidak ambil peduli sangat. Menyebarkan berita yang tidak sahih, bukanlah keputusan yg sangat bijak pada aku. Aku percaya saja dengan anggota keselamatan. TITIK.
Cuti sekolah baru saja bermula. Aku pula belum tercuti-cuti lagi. Sibuk yang teramat. Antara sebab kenapa blog ni makin sunyi :(. Hopefully situasi ni tidak berpanjangan..
Dengan situasi aku sekarang ni, aku masih bersungguh-sungguh untuk cuba baca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap bulan. Aku baru habis baca buku Betrayal by Gregg Olsen. Biasa saja bagi aku. Nanti kalau ada masa aku review. Currently aku sedang baca Murder on the Orient Express. Setakat ni nampak macam menarik..