Sep 11, 2015

Korea Trip: Day 2 - Anyong Busan Hello Seoul

What changed? Apa yang aku sebokkan sangat sampai entry pun tidak terupdate? Mollayo!

Sebelum memori Seoul aku hilang sepenuhnya, aku update mana yg masih tertinggal sajalah. Remind me next time aku pergi trip ke oversea, aku perlu sediakan buku catatan. Buat ala-ala scrap book lagi bagus.

So, seawal 5.30 pagi kami sudah bertolak dari hostel menuju ke Busan Station. Bayangkan la pukul berapa kami kena bangun untuk bersiap. Walaupun ramai fellow malaysian yang menginap di hostel yang sama, malangnya rakan sebilik kami dari negara China. Ini kerana rakyat dari negara China ni macam agak sensitif dengan bunyi-bunyian. Khususnya kalau waktu tidur diorang terganggu. Maka, kita akan dengar keluhan-keluhan serta pandangan laser dari diorang. Yup, a few of them woke up from their bed and gave you a do-you-have-a-death-wish stare. Buka almari, zip bag malah bernafas pun macam tidak kena. 

Kalau tidak silap kami beli tiket secara online masa di tanah air *ehem!* dan kalau tidak silap lagi, keretapi tu bertolak lebih kurang jam 6 pagi. Tidak seperti di Malaysia, kalau jam 5.30 pagi masih gulap gulita di Busan 5.30 pagi sudah terang benderang. 

Walaupun agak jakun, sebab tidak tau mana train mo naik dan apa nombor yang perlu dilihat, akhirnya kami jumpa juga tempat duduk kami. Bukan sebab kami malu bertanya, tapi sebab tiada orang mo ditanya. Kalau tanya randomly, we somehow ended doing sign language. Bukan sebab kami tidak tau bahasa inggeris, it's the other way around. 

Perjalanan mengambil masa 2 jam. Walaupun selesa dan rakan sebelah aku tidur nyenyak, aku pula beria-ia menengok pemandangan. Tidak banyak benda mau ditengok pun, tapi it's appealing. Tengok negara orang lah katakan. Masalahnya, member depan aku (local korean) hanya berminat mau tidur. So, dia tutup la tingkap yang digunasama bersama pelancong yg first time datang korea macam aku ni. *STRESS!!*

Kalau tengok dalam rancangan variety korea, kita selalu nampak troli yg jual makanan dalam KTX. Kadang-kadang teringin mo beli. Telur rebus pun jadilah. Tapi macam berat pula mau buka mulut. Takut terkeluar pula kemahiran 'sign language' kami yg ternyata berada di levelnya sendiri di asia ini. *sigh* Akhirnya tidak juga terbeli.

Sampai di Seoul Station yang mega bertingkat-tingkat tu, kami terus cari jalan keluar untuk cari hostel yang dibooking lebih awal. Cari punya cari, tanya sana sini, kena tunjuk sana sini.. akhirnya kami jumpa juga. Hostel untuk peminat K-Pop Star. Hahaha, yang ini aku memang layak tinggal sini. Kali ni, bilik yg kami booking untuk seorang satu. Sungguhpun kecil macam stor, tapi kalau setakat utk tidur dan salin pakaian, kira ok la.


Inilah dia rupanya landmark Seoul Station.
Dari tingkat aku-pun-tidak-sure


Letak beg, terus bertolak pergi Myeongdong untuk tengok Nanta Show. This is the thing. Sebelum bertolak ke Korea, rata-rata rakan yg pernah berkunjung akan recommend untuk pergi tengok Nanta Show. So, I googled. I have no interest in going or whatsoever sebab I'm not really sure show ni pasal apa. But then, since geng yang lain pegi takkan la aku pula sibuk merewang tanpa hala tuju di kawasan yang tidak familiar dan ramai makhluk ni. 


Inilah rupanya Nanta Show. 
Ingatkan rancangan memasak. 


After the show, this is what I thought. Next time I'm going to korea with my husband and little ones, I'll definitely bring them to Nanta Show. Rupanya Nanta Show adalah persembahan musical. Sangat menarik dan sangat lucu. HIGHLY RECOMMENDED! *rasa bersemangat pula*


 The new found fan *go.team.brown*


Lepas persembahan menarik yang hampir 2 jam, kami beli sedikit cenderamata. Lepas tu cari makan. Memang susah cari makan di Korea, tapi kalau pandai cari memang tiada masalah. Dongseang kami memang bersungguh-sungguh cari kedai makan sebelum bertolak ke korea. Kalau la research dia boleh dijadikan Phd, dapat sudah dia gelaran doktor. *ehem*


 I got myself the NEPHEW *YESSS!!* fridge magnet.


Lepas makan kami ambil peluang shopping apa-apa yg kawan-kawan kirim. Myeongdong terkenal dengan deretan kedai kosmetik. Maka pelbagai jenama kosmetik kita akan jumpa. Memandangkan aku bukan pengguna kosmetik tegar, maka aku setakat beli benda yg aku mau cuba. Akhirnya aku beli perfume. Setakat itu sajalah. Langkah penjimatan perlu dilakukan bagi memastikan keperluan selama 9 hari mencukupi.

Selepas penat pusing-pusing Myeongdong, kami bertolak ke Gyeongbokgung Palace pula. Jalan-jalan tengok sejarah orang korea. Mungkin sebab terlalu ramai orang, tidak kira la tourist atau local maka kalau mau meneliti setiap bangunan tu tidaklah. 

Di Myeongdong dan sekitar Gyeongbokgung palace ni kalau perasan orang-orang yang pakai vest merah sila la approach diorang kalau ada sebarang soalan yg terbuku di hati. Diorang ni kira tourist guide sukarela. So, tembaklah diorang dengan soalan-soalan bahasa inggeris. Tiada masalah. The pronunciation is a bit off. But so do we. Jadi kira adil la. 

Kebetulan kami memang plan untuk tengok pertukaran pengawal, so merasa juga la tinggal di zaman purbakala korea dulu. *proud*


Gyeongbokgung Palace Guards. 
Macam sedang tengok penggambaran drama korea pun ada. 


Aku paling kagum dengan cara staf diorang handle orang ramai. Nampak macam kasar kalau tidak dengar arahan, tapi bagi kami good-boy-good-girl ni tiada masalah. Sepanjang tempoh lawatan kami keadaan sangat terkawal walaupun ramainya lah manusia. Entah kenapa aku rasa, jumlah pekerja diorg macam sangat ramai dan nampak bersungguh buat kerja diorg. Walaupun setakat jaga barisan.

Kami singgah sekejap beli ole-ole utk diri sendiri, lepas tu bertolak ke Insadong. Kononnya Insadong terkenal dengan barangan kraftangan. Setiba di sana, kami nampak kaunter untuk tourist. Paling afdhal untuk dapatkan map. Khususnya kawasan-kawasan yang bakal di lawat serta tanya soalan-soalan cepu emas.


I collect bookmarks. 
This one looks classic and very expensive. 
For a bookmark of course.


Sepanjang perjalanan ke Insadong, banyak deretan kedai jual souvenir. Kami singgah beli ole-ole untuk rakan sekerja. Kira kami combine bajet la. Al-maklumlah, rakan-rakan sekerja kami sama saja. Cuma aku ada lebih sikit since aku ada 2 office.


A few memento for myself. *Eheh*

Di Insadong, kami hanya terpana tengok lukisan di merata-rata tempat. Dinding pun ada lukisan-lukisan menarik. Kalau penat, ada bekalan air disediakan secara percuma. Paling pelik aku jumpa 'poop bread'. Mau beli pun macam tiada selera. 


One of the highlight in Insadong. 
At least to me.


Tidak banyak yang kami lawat di sini. Asalnya macam mau makan patbingsoo (shave ice) tapi terlalu ramai orang sampai tiada ruang duduk. Maka, kami KIV dulu la patbingsoo. 

Kami sampai ke hostel hampir jam 11 malam. Hebat aku di korea ni. Kalau di KK, belum pun pukul 9.00 malam, aku 'sleep' sudah. Itu yang laki aku cakap la. *rasa-luar-biasa*

Seperti biasa, sebelum balik hostel harus singgah beli nasi segera di kedai runcit berdekatan. Lepas mandi, kumpul ramai-ramai dengan makanan tin yg ada. Hampir setiap malam begitulah rutin kami. Makan makanan tin, terdapat penjimatan kos dan masa di situ. 


Anyway, that's the end of day-2. 
See you in the next entry.